Festival Kenyir 2019

Mangsa kebakaran terima sumbangan
21/07/2019
Tawaran Penyertaan Projek Ternakan Puyuh
05/08/2019

Festival Kenyir 2019

Festival Kenyir 2019 berlangsung dengan jayanya, penuh dengan kemeriahan dicipta. Penganjuran ini adalah kerjasama antara KETENGAH dan KPLB serta Kerajaan Negeri Terengganu yang diadakan setiap tahun dalam usaha untuk mempromosikan Tasik Kenyir sebagai sebuah destinasi pelancongan di negara ini.

Terdapat 3 keunikan yang cuba diketengahkan dalam Festival kali ini, iaitu Dapur Kenyir, Kenyir Street dan acara sukan air.

Majlis Perasmian Festival Kenyir 2019 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Sivarasa K. Rasiah. Turut hadir bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Makumat Negeri, YB Ariffin Deraman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pembangunan Luar Bandar, YBhg. Puan Norison bt Ramli , Pengerusi KETENGAH, Dato’ Zulkifli Mohamad dan Pengurus Besar KETENGAH, YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa.

Lihat semua aktiviti sepanjang Festival Kenyir 2019 di Facebook Rasmi KETENGAH.

https://www.facebook.com/lembagakemajuanterengganutengah
Font Resize
Contrast