Forum Ehwal Islam

Memperingati junjungan mulia Nabi Muhammad SAW mestilah sentiasa dalam ingatan setiap Muslim sepanjang masa. Ini kerana baginda adalah Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT membawa syariat untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Aktiviti perarakan sambil membaca selawat atas Nabi SAW dan ceramah agama yang rutin dilakukan pada bulan Rabiulawal sangat signifikan untuk menyegarkan ingatan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Amalan ini juga dapat meninggikan syiar Islam yang sesuai dengan kedudukannya. Sehubungan dengan itu KETENGAH telah mengadakan satu Forum Ehwal Islam bertempat di Masjid Sultan Mahmud Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu pada 23 November 2018. Ahli panel yang diundang pada forum kali ini ialah YBhg. Ustaz Abdul Halim bin Awang, Pensyarah UniSZA dan YBhg. Ustaz Mohd Mohd Zawawi bin Mat Amin, Guru Agama SMK Tengku Lela Segara. Di samping itu, dianjurkan juga ceramah Maulidur Rasul secara serentak di masjid-masjid perbandaran KETENGAH pada malam tadi iaitu di Masjid Kampung Jerangau Sungai, Masjid Felda Kerteh 6, Masjid Bandar Seri Bandi dan Masjid Kampung Dadong

Monsoon Run 2018.
Program Berkhatan dan Bertindik

Artikel Lain