GUNTING RAMBUT PELAJAR SEKOLAH, KETENGAH 2018 DAN FREE MARKET

Cuti persekolahan kini semakin hampir ke penghujungnya.Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengambil inisiatif untuk membantu pelajar-pelajar sekolah dalam wilayahnya dengan mengadakan Program Gunting Rambut Pelajar Sekolah KETENGAH 2018 secara percuma pada 26 Disember 2018. Bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Terengganu, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, seramai 12 orang tukang gunting telah sama-sama menjayakan Program Gunting Rambut Pelajar Sekolah, KETENGAH 2018 dan seramai 210 orang pelajar telah mengambil peluang untuk menyertai program yang dianjurkan ini.

Program yang dianjurkan ini pada asalnya mensasarkan pelajar-pelajar miskin dan anak-anak yatim di Bandar Al-Muktafi Billah Shah.  Namun begitu, ternyata program ini telah berjaya menarik minat pelajar-pelajar lain dalam wilayah KETENGAH.

Dengan sambutan yang sangat menggalakkan ini, Yang Mulia Tengku Ahmad Nazri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH ketika bercakap kepada media berkata,  KETENGAH akan memperluaskan lagi penganjuran Program Gunting Rambut Percuma ini ke seluruh wilayah KETENGAH bagi memberi ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar yang tinggal jauh di pedalaman terutamanya yang tergolong dalam keluarga B40 untuk turut sama menikmati faedah yang diberikan oleh KETENGAH ini.

 

Di samping itu, Free Market yang dianjurkan dengan kerjasama KETENGAH Holding Sdn Bhd turut diadakan bagi memeriahkan lagi Program Gunting Rambut Pelajar Sekolah, KETENGAH 2018. Pengunjung-pengunjung berpeluang untuk mendapatkan keperluan pakaian sekolah, pakaian harian seperti T-Shirt, seluar, tudung dan baju kurung untuk kegunaan harian mereka secara percuma.

Kemeriahan program yang dianjurkan ini turut diserikan dengan persembahan dari SAHABAK Buskers.  Turut hadir ke Program Gunting Rambut Pelajar Sekolah, KETENGAH 2018 ialah Pengurusan KETENGAH dan KETENGAH Holding Sdn Bhd

placeholder
PEMBERITAHUAN TAWARAN BOT TERPAKAI KETENGAH TAHUN 2018
Sumbangan dihulur, kurangkan beban.

Artikel Lain