Hari Inovasi KETENGAH 2016

Hari Inovasi KETENGAH 2016 membawa hasrat murni iaitu untuk meningkatkan kualiti dan prestasi kerja melalui kelahiran inovasi-inovasi dan usaha kreatif dalam pelbagai bidang, baik pengurusan mahupun teknikal. Justeru, ia mempunyai nilai yang tinggi dalam mengcungkil dan mengenengahkan idea-idea baharu yang dapat membantu pelaksanaan kerja ke arah lebih produktif, cekap, jimat serta mencapai matlamatnya. Ianya juga merupakan usaha berterusan KETENGAH ke arah membudayakan inovasi di wilayah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Azlin binti Azizan, Setiausaha Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Aset KKLW mewakili Dato’ Mohd Arif bin Ab Rahman, Ketua Setiausaha KKLW pada 1 Disember 2016 bertempat di BALORA Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Sempena dengan Hari Inovasi ini juga, beberapa pertandingan telah diadakan oleh KETENGAH meliputi pelbagai aspek.

Berikut merupakan pemenang anugerah Hari Inovasi KETENGAH 2016. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Anugerah Mini RTC Terbaik – Mini RTC Kampung Padang Pulut

Anugerah usahawan Harapan – JMZ AMBS Enterprise

Anugerah Kampung Harapan – Kampung Teladas

Anugerah Masjid Perbandaran Terbaik – Masjid Kampung Pasir Gajah

Anugerah Sekolah Berinovasi – Sekolah Keb. Kuala Jengal (Rendah)

Sekolah Men. Keb. Durian Mas (Menengah)

Anugerah Pengurusan Perbandaran Terbaik – Ceneh Baharu

Anugerah Kualiti Pengurusan Rekod Terbaik – Perancangan Stategik

      Anugerah Khas

Anugerah belia Contoh – Mohd Sufwal Niezal bin Sabri (Da’I Niezal)

Anugerah Ikon Sukan – Khairul Anuar bin Mohamad (Memanah)

Izurin bin Refin (Sepak Takraw)

Sijil Penghargaan Kepada KIK Antarabangsa – Kumpulan Bazar

placeholder
Kursus Masakan Barat
placeholder
Kursus Jahitan Baju Melayu

Artikel Lain