Hari Psikologi KPLB 2019

Sempena dengan Hari Psikologi KPLB 2019, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) turut menyertai acara berkenaan. Program ini telah diadakan selama 2 (dua) hari bermula dari 15 Oktober hingga 16 Oktober 2019 bertempat di Dewan Seri Lestari, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Putrajaya. Pelbagai acara telah disusun sempena Hari Psikologi di antaranya ialah pelancaran Buku Pelan Strategik AKRAB Tahun 2019-2030, pentauliahan Sijil AKRAB Tahun 2019, penyampaian anugerah mentor-menti, pameran booth terbaik, program ceramah dan forum. Tahniah diucapkan kepada Encik Azmi bin Muda yang telah dinobatkan sebagai mentor terbaik dan Encik Hazroll Eizwal  bin Jasni pula sebagai menti terbaik. Booth terbaik ditempat pertama juga dianugerahkan kepada booth AKRAB KETENGAH. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung atas kejayaan ini. 

Sumbangan Dihulur, Ringankan Beban
Sambutan Bulan Sukan Negara Ketengah Holding Bersama Komuniti.

Artikel Lain