Hartanah dan Kuasa Tempatan
Fungsi Bahagian:
- Merancang dan menyediakan tempat kediaman yang selesa
- Menyediakan kemudahan tempat perniagaan dan perdagangan
- Melaksanakan pentadbiran perumahan
- Menentukan kawasan dan penyelenggaraan rumah-rumah di perbandaran dan kampung-kampung tradisi
- Menentukan dan mengkaji supaya penduduk yang berpendapatan rendah boleh memiliki rumah dengan bayaran yang berpatutan
- Pentadbiran perumahan di perbandaran dan kampung-kampung tradisi dilaksanakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan
- Penswastaan
- Mengenal pasti kawasan-kawasan tanah mengikut kegunaan dan kesesuaian tanah
- Membuat permohonan tanah bagi penyediaan milikan
- Membuat kerja-kerja ukur tanah serta mengawas dan menilai
- Menyelenggara inventori tanah dan hartanah Lembaga dengan kemaskini dan selamat
- Penjualan tanah termasuk pengiraan harga rumah dan mendapatkan suratan hak milik tanah, bangunan dan lain-lain yang berkaitan
- Mengesahkan pelan pengambilan tanah bagi sesuatu projek sehingga selari dengan kehendak kerajaan
- Menguruskan perlindungan insuran hartanah dan harta pejabat
- Pengurusan hartanah dan lain-lain yang berkaitan dari semasa ke semasa
- Bertanggungjawab dalam semua aspek pentadbiran bandar, perkhidmatan sosial dan lain-lain kemudahan asas serta kuasa-kuasa tempatan di perbandaran
- Pengukuran kejuruteraan dan pengukuran hak milik tanah
- Melaksanakan penguatkuasaan
- Pembangunan projek khas





