JALINAN KASIH DAN JOM BANTU RAKYAT DUN AJIL

Keprihatinan KETENGAH mendekati masyarakat desa dan meringankan beban penduduk yang memerlukan terus menjadi salah satu agenda pembangunan dalam wilayahnya.

Menerusi Program Jalinan Kasih dan Jom Bantu Rakyat Wilayah KETENGAH DUN Ajil yang diadakan pada 20 Julai 2018, bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Peroh, Yang Berhormat Encik Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri bersama dengan isteri, Yang Berbahagia Puan Bibi Nazima binti Mohamed Akbal meluangkan masa bersama-sama masyarakat setempat.

Yang Berhormat Encik Ghazali bin Taib, bersama dengan isteri turut menziarahi enam orang penduduk yang uzur serta turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan hamper. Yang Berhormat juga menyerahkan kunci rumah PPRT kepada dua orang penduduk iaitu di Kampung Tok Dor dan Kampung Durian Kassim. Di samping itu, Yang Berhormat turut menyampaikan sumbangan sebuah wakaf kubur kepada Pengerusi J3K Kampung Tok Dor.

Program yang mengumpulkan penduduk dari lima buah kampung, iaitu Kampung Pela, Kampung Peroh, Kampung Lubuk Batu, Kampung Durian Kassim, dan Kampung Tok Dor diisi dengan pelbagai acara menarik merangkumi pelbagai peringkat umur. Antaranya ialah Pertandingan Mewarna Pra Sekolah, Sukaneka, gotong royong memasak, pemeriksaan kesihatan, pameran jabatan dan agensi kerajaan dan cabutan bertuah.

Turut hadir ke Program Jalinan Kasih dan Jom Bantu Rakyat Wilayah KETENGAH DUN Aji, ialah Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), pengurus-pengurus bahagian, penghulu Mukim Diman, guru besar Sekolah Kebangsaan Peroh, pegawai dan kakitangan KETENGAH serta penduduk setempat.

GALERI FOTO :Facebook @LembagaKemajuanTerengganuTengah

placeholder
Selamat Bersara Kepada Warga KKLW
placeholder
Satu Pasukan, Satu Suara, Satu Hati

Artikel Lain