JASAMU DIKENANG

Selamat bersara buat Encik Azmi bin Muda, Pengurus Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan Gred N52, dan Tuan Haji Hashim bin Osman, Pegawai Tadbir Gred N41, Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial serta Encik Othman bin Ngah, Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19, Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan (Seri Bandi).

Encik Mohd Azmi bin Muda telah menabur khidmat bakti selama 34 tahun (1986-2021). Kerjaya beliau bermula sebagai pegawai kerani, atas komitmen dan kesungguhan, beliau telah dilantik sebagai Pengurus bahagian di KETENGAH. Beliau telah memilih bersara pilihan pada 15 Julai 2021.

azmi

Tuan Haji Hashim bin Osman pula telah menabur bakti di KETENGAH selama 38 tahun (1983-2021) dan memilih bersara pilihan pada 1 Julai 2021.

penghargaan-6

Manakala Encik Othman bin Ngah bersara wajib mulai 16 Jun 2021 setelah berkhidmat sebagai penjawat awam di KETENGAH selama 41 tahun (1980-2021).

en.othman

Pihak Pengurusan Ketengah merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.

Kami warga KETENGAH mendoakan mereka akan terus maju jaya dalam apa-apa bidang yang diceburi dan selamat menikmati alam persaraan. Selamat bersara dan segala jasa serta bakti yang dicurahkan akan kami kenang dalam lipatan sejarah KETENGAH.

Penghargaan Kepada Pelajar Cemerlang SPM dan STPM Tahun 2020
KETENGAH Ambik Cakna

Artikel Lain