Jawatan Kosong Pen. Pegawai Pertanian

Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Pelaksana. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang berasal dari Negeri Terengganu.

  1. Nama Jawatan :      PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN
  • Kumpulan Perkhidmatan            :      Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan             :      Pertanian
  • Gred/Jadual Gaji                       :      G29
  • Minimum – RM1,494.00     Maksimum –RM5,674.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan – RM145.00
  • Taraf Jawatan                          :      Tetap

Syarat Lantikan :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. i) Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau       kelayakan yang setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau
  4. ii) diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi    pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).
  5. Kepujian Bahasa  Malaysia/Bahasa  Melayu  pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON

  1. Permohonan hendaklah dibuat terus secara ATAS TALIAN menggunakan Sistem e-Jawatan KETENGAH yang boleh dilayari melalui laman web, https://ejawatan.ketengah.gov.my.
  2. Pemohon-pemohon yang pernah memohon adalah dikehendaki memohon semula jika masih berminat dan layak.
  3. Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK:-
    • Pemohon berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
    • Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan;
    • Permohonan yang tidak lengkap;
    • Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam iklan;
  4. Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 14 November 2019 (Khamis).

CATATAN AM

  1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
  2. Pemohon yang tidak menerima panggilan temuduga selepas tempoh 3 bulan daripada tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  3. Sebarang kos perjalanan menghadiri temuduga jawatan ini adalah tanggungjawab sendiri.
Post Views: 2,111
Sambutan Bulan Sukan Negara Ketengah Holding Bersama Komuniti.
Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali Ke 3/2019

Artikel Lain