28 Disember 2020 – Bertempat di Dewan Utama, Ibu Pejabat Ketengah, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dengan kerjasama AKRAB Ketengah telah menganjurkan program Jom Urus Duit DiBalik Tamparan Covid-19.
Perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Kaunselor Kredit dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Terengganu iaitu Encik Alias bin Mat Ali dan dibantu oleh Encik Azizuddin Abdullah.
Seramai 53 orang telah berkongsi pendapat melalui program yang diadakan ini. Program ini turut diadakan secara live menerusi Facebook Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.