Karnival Usahawan Desa (KUD) Zon Timur

KUD 2019 Zon Timur telah berakhir semalam. Karnival yang diadakan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu selama 3 hari bermula 25 April hingga 27 April 2019 telah mendapat sambutan yang hangat dan dilaporkan seramai 69,000 ribu pengunjung telah hadir.

Bagi tahun 2019, penganjuran KUD yang diprogramkan di lima lokasi, tampil dengan mesej dan objektif baharu kepada golongan usahawan dan pengunjung.

KUD 2019 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ini diwujudkan untuk memperkukuh dan meluaskan jaringan antara usahawan luar bandar dengan para pembekal mesin, peralatan, teknologi dan inovasi terkini bagi meningkatkan produktiviti serta kualiti produk dan perkhidmatan mereka.

Golongan usahawan desa ini juga mahu diberi pendedahan untuk menggalakkan penerimaan dan penggunaan teknologi moden sekali gus menjadi salah satu medium untuk mewujudkan akses pasaran produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli selain mengadakan jualan secara terus kepada pengguna.

Mereka yang menyertai KUD tahun ini juga diberi peluang meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta menerokai peluang pasaran baharu yang lebih besar sama ada dalam atau luar negara dengan pengurusan pemasaran secara sistematik.

Melalui aktiviti ini, harap ia dapat memperkasakan usahawan dengan ilmu pengetahuan serta mencungkil usahawan yang berpotensi sehingga ke peringkat global, di samping menarik minat orang ramai untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

Apa yang menarik di KUD 2019 Zon Timur? Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik telah disediakan antaranya ialah Jualan Produk Usahawan Desa, Pameran dan Jualan Mesin Inovasi, Bersama Syukor Khamis Kampung Boy, Persembahan Kesenian Rakyat dan juga Konsert KUD yang menampilkan Dato’ M.Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Lan TypeWriter, Lan Solo, Ronnie Hussein, Syafiq Farhain serta kumpulan – kumpulan dikir barat yang popular.

Selepas Kuala Terengganu, KUD 2019 akan ke lokasi ketiga iaitu Kulim, Kedah. Acara kemuncak KUD 2019 akan diadakan di Putrajaya selama 5 hari iaitu dari 17 hingga 21 Oktober 2019.

Bagi koleksi gambar dan video, anda boleh melayari Instagram rasmi KPLB atau KETENGAH.

#kudsejahtera
#kud2019
#luarbandarsejahtera

Karnival Usahawan Desa Zon Timur
Majlis Kesyukuran Sempena Karnival Usahawan Desa (KUD) Zon Timur 2019.

Artikel Lain