Kebersamaan dalam masyarakat dipupuk

PELANCARAN GOTONG ROYONG PROGRAM AMENITI SOSIAL WILAYAH KETENGAH TAHUN 2018
Selaras dengan hasrat untuk mempertingkatkan pembangunan fizikal serta kemudahan asas yang memberi manfaat kepada penduduk, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan program gotong royong serentak di 6 buah kampung dalam wilayahnya.
Bertempat di pekarangan Masjid As Solihin, Kampung Durian Mentangau, majlis Pelancaran Gotong Royong Program Ameniti Sosial Wilayah KETENGAH Tahun 2018 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH pada 10 Mac 2018.
Program gotong royong ini diadakan secara serentak di Kampung Durian Mentangau, Kampung Padang Pulut, Kampung Bukit Merah, Kampung Tok Dor, Kampung Pasir Gajah dan Kampung Batu 14, Kuala Tayur.
Hadir sama ke majlis pelancaran ialah Yang Mulia Tengku Ahmad Nazri Tg Musa, Timbalan Pengurus Besar ( Pembangunan ) KETENGAH, Yang Mulia Tengku Hamzah, Penyelarasan DUN Paka serta pengurusan kanan KETENGAH.

placeholder
Hari Keluarga 3K disambut meriah
placeholder
Pemuafakatan dalam komuniti

Artikel Lain