KELAH TOUR 2017

YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi telah mengadakan lawatan sehari ke Tasik Kenyir. Program yang dinamakan “Kelah Tour 2017” telah dianjurkan oleh pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama KETENGAH. Rombongan yang disertai oleh YBhg Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin bin Hussin, Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA dan Ahli Lembaga Pengarah UniSZA . Ahli rombongan telah dibawa melawat ke Santuari Kelah, Taman Herba, kawasan pembangunan zon bebas cukai Pulau Bayas, Taman Rama-Rama dan meninjau perjalanan bot Makmal Bergerak Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Semasa di Pulau Herba, YB Dato’ Seri dan rombongan telah dipersembahkan dengan persembahan silat kura-kura dan kertok orang ulu disamping mencuba minuman herba. Turut hadir pada lawatan tersebut Dato’ Yusof bin Jusoh, Pengerusi Proven Holding, Dato’ Haji Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Naib Canselor UniSZA, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni bt Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT, Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH, YBhg Dato’ Wan Mat Amin bin Wan Daud, Mantan Pengurus Besar KETENGAH, Pegawai – Pegawai Tertinggi KETENGAH dan UniSZA.

Kemahiran Ahli PUSPANITA dipelbagaikan
Semarak Merdeka

Artikel Lain