Kempen Kesedaran Kebersihan Alam Sekitar Wilayah KETENGAH

Kempen Kesedaran Kebersihan Alam Sekitar Wilayah KETENGAH terus digerakkan dalam menjadikan lokasi tumpuan pelancong dijaga dan berfungsi dengan baik.
Kawasan Rekreasi Kuala Jengal, Dungun Terengganu merupakan salah satu tempat tumpuan umum bagi aktiviti berkelah dan mandi-manda. Akan tetapi akibat daripada banjir yang melanda baru-baru ini, kemudahan tandas dan kawasan sekitar telah terjejas dan kotor.
Sehubungan dengan itu KETENGAH melalui Bahagian Pelancongan yang diketuai oleh Encik Che Zamri Che Lah telah menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rekreasi tersebut. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan KETENGAH, Majlis Perbandaran Dungun dan Kolej KETENGAH telah berjaya menjadikan tempat berkenaan berfungsi seperti sedia kala.
Kempen ini akan diteruskan agar alam sekitar kita kekal bersih dan mendidik masyarakat supaya menjaga kebersihan, keharmonian dan kelestarian alam sekitar.
Kursus Latihan Pengendali Makanan
Simulasi Lawatan ke Pavilion Usahawan KETENGAH dan Muzium Bukit Besi

Artikel Lain