Kenali Diri

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menganjurkan Program Kenali Diri dan Transformasi Minda Wilayah KETENGAH bertempat di Mayang Sari Resort, Dungun. Penglibatan pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), MARA KETENGAH International College (MKIC) dan juga Kolej KETENGAH seramai 125 orang pelajar dalam program ini adalah bertujuan untuk membina akhlak dan peribadi menawan, memantapkan akidah Islam dalam diri pelajar dan mengimbangi keperluan duniawi dan ukhrawi di samping memberi kesedaran kepada para peserta tentang tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Antara pengisian program tesebut adalah ceramah, solat berjemaah dan juga aktiviti riadah. Program selama 3 hari 2 malam bermula 23 Januari 2014 hingga 25 Januari 2014 dengan kerjasama Kolej KETENGAH ini telah dirasmikan penutupnya oleh Tuan Haji Che Zakaria Che Awang, Pengurus Korporat KETENGAH Holding Sdn. Bhd.

placeholder
Lawatan Kunjung Hormat Puspanita
placeholder
Sekumpulan 7 ekor gajah kini ditempatkan di KEV

Artikel Lain