Kenyir Motocross Challenge 2014

Acara Kenyir Motocross Challenge 2014 telah dianjurkan oleh KETENGAH dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Tourism Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan acara ini dikendalikan oleh Airbone Motor Sdn. Bhd. serta Lake Kenyir Resort Taman Negara selaku hotel rasmi. Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM 64,000,00. Acara ini merupakan acara “Sports Tourism” tahunan yang telah memasuki siri ke 8 diadakan di Tasik Kenyir yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar Negara. Diantara objektif acara ini dijalankan ialah bagi mempromosi Tasik kenyir sebagai salah satu tempat pelancongan yang menarik dan menjadikan peserta sebagai ‘Duta Kecil’ yang menceritakan keindahan Tasik Kenyir kepada pihak lain. Disamping itu penduduk dan peniaga juga dapat meningkatkan pendapatan dengan jumlah kehadiran pelancong. Langkah ini adalah selaras dengan dasar pelaksanaan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang memfokuskan Tasik Kenyir sebagai salah satu sasaran projek pelancongan Eko yang akan menuju kegemilangan menjelang tahun 2020. Apa yang menarik kali ini ialah kehadiran penyanyi cilik Indonesia yang popular dengan lagu “Ku yang dulu bukanlah yang sekarang” Tegar Septian yang merupakan salah seorang peserta ketegori Junior. Beliau telah membuat persembahan secara ‘Live’ semasa majlis perasmian penutup. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Tuan Haji Wan Abdul Rahman bin Wan Ahmad selaku Timbalan Pengurus Besar Operasi KETENGAH. Berikut merupakan keputusan keseluruhan bagi 3 pemenang teratas mengikut kategori yang dipertandingkan:- Expert Open Kanabodee Chanapai Mr Komet Jandee Muhammad Habibullah bin Mohd Salleh Novice 30’S Fauzee bin Yusof Nor Amin Faizal bin Muhammad Fikri bin Aziz MX Veteran Ken Poh Jafri Abdullah Brett Macnamara CKD Endurance Mohd Khairi bin Zakaria Mohd Ajmal bin Kamarudin @ Uken Mohd Fais bin Mohd Noor Novice 125/250 Mohd Khairul Afif bin Mohd Ghazali Mohd Izzat Azuan bin Mazalan Mohammad Daud bin Mohamad Kasim Endurance Open Muhammad Habibullah bin Mohd Saleh Mr Komet Jandee Amreen Nadarani Endurance Vateran Brett Macnamara Jafri bin Abdullah Mohd Zamurina bin Besar Cub Cross Muhammad Rahimi bin Che Lah Mohamad Khuzaini bin Mahmood Ahmad Kamarul Munir bin Abdul Rashid CKD Mohamad Khuzaini bin Mahmod Mohd Ajmal bin Kamarudin @ Uken Mohd Khairi bin Zakaria Junior Mohamad Zubir Hassan bin Mohamad Kasim Zulfadli bin Ahmad Zuki Mohammad Fariz Aidil bin Mat Rodi

placeholder
Sambutan Bulan Kemerdekaan
placeholder
Sambutan Kemerdekaan ke 57

Artikel Lain