Kesukanan eratkan silaturahim

3 Januari 2022- Kemaman
Kesibukan dalam merancang dan melaksanakan pembangunan dalam wilayah KETENGAH tidak menghalang Kumpulan Pengurusan KETENGAH melupakan aktiviti kesukanan. Sehubungan dengan itu penganjuran perlawanan persahabatan bola sepak di antara kumpulan Pengurusan KETENGAH dengan Pengurusan Ketengah Holding Sdn. Bhd. (KHSB) amat bertepatan dalam usaha menggalakkan penglibatan mereka dalam bidang sukan.
Perlawanan bola sepak persahabatan telah diadakan bertempat di Stadium Mini Mak Chili, Kemaman. Perlawanan ini merupakan di antara program muhibbah yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara pegawai dan kakitangan KETENGAH dengan KHSB di samping program program lain yang berkaitan motivasi dan penjagaan kesihatan.
KETENGAH diketuai oleh Pengurus Besar, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, manakala KHSB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Haji Ramli Shahul Hameed.
Lawatan Kerja Timbalan Menteri KKDW
Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baharu 2023

Artikel Lain