KETENGAH Bersama Masyarakat

Program KETENGAH Bersama Komuniti Tahun 2018, Memasak Bubur Asyura.

Semangat perpaduan dan ikatan silaturahim yang erat sesama kita akan menghasilkan masyarakat yang kuat dan bersatu padu. Sehubungan dengan itu sempena dengan sambutan bulan Muharram 1440 Hijrah ini, KETENGAH telah mengadakan Program Memasak Bubur Asyura serentak di 4 (empat) lokasi dalam wilayah iaitu di Kg Serdang, Ceneh Baharu, Kg Lubuk Lesong dan Bandar Al Muktafi Billah Shah. Selain mengeratkan ikatan silaturahim di antara KETENGAH bersama masyarakat, ianya merupakan platform pemimpin setempat turun padang beramah mesra dengan penduduk. Hadir sama pada majlis ini Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH bagi menjayakan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang

Ucapan Tahniah di atas Pelantikan Sebagai Pengurus Besar
Penyerahan Insurans Berkelompok

Artikel Lain