Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Haji Zazuli bin Johan telah mengadakan lawatan ke Tasik Kenyir dalam rangka lawatan rasmi beliau ke Negeri Terengganu pada 25 Mei 2023. Beliau telah disambut oleh Pengurus Kanan Korporat KETENGAH, Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad.
Rombongan telah dibawa melawat pejabat Kastam di Pengkalan Gawi serta menyempurnakan gimik lawatan beliau dengan menanam pokok herba di Taman Herba serta merasai minuman herba yang disediakan disana.
Hadir sama Pengarah Kastam Negeri Terenggganu, Tuan Mohd Nadzri bin Ariffin dan Pengurus Zon Bebas, Encik Faizol bin Abd Aziz.
Post Views: 298