KETENGAH terima pengiktirafan SAGA

Pada 2 Mac 2015, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menerima pengiktirafan daripada Jabatan Akauntan Negara (JANM) terhadap pematuhan kepada Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) bagi tahun perlaksanaan 2014. Penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Che Pee bin Samsudin, Akauntan Negara Malaysia kepada YBhg. Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH di Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Pematuhan terhadap kepada kriteria SAGA oleh KETENGAH ini menandakan keberkesanan tadbir urus kewangan di dalam organisasi ini dengan penyediaan penyata kewangan lebih cepat, tepat dan kemaskini. Selain itu juga, turut diadakan Persidangan Pengguna SAGA bagi tahun 2015 selama 2 hari bermula 3 hingga 4 Mac 2015. Persidangan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat terkini berhubung kepentingan kriteria Pematuhan SAGA dalam memastikan amalan terbaik “Best Practice” dapat dilaksanakan dilaksanakan di agensi. Di samping itu, persidangan ini juga diharap dapat dimanfaatkan oleh peserta untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman di antara satu sama lain dalam membincangkan isu-isu perlaksanaan SAGA di agensi.

placeholder
Bengkel Lean 5S
placeholder
Kelab Keluarga KETENGAH Anjur Pertandingan Memancing

Artikel Lain