Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Ketua Pegawai Digital (CDO)

7 Fungsi Utama ICT

Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) KETENGAH bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan inisiatif teknologi maklumat bagi menyokong pencapaian matlamat strategik Agensi. Berikut adalah tujuh fungsi utama bahagian ini.

  1. Pemantauan Pelan Strategik IT

    Memantau pelaksanaan Pelan Strategik Teknologi Maklumat agensi yang mengandungi perancangan penggunaan IT dalam menyokong pencapaian matlamat Agensi.

  2. Penyepaduan Proses Cross-Functional

    Memperkenalkan dan menyepadukan proses-proses yang cross functional antara Jabatan bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.

  3. Penyelarasan Sistem & Infrastruktur IT

    Menyelaras pembangunan, pengendalian dan pengurusan sistem dan infrastruktur IT yang utuh dan selamat serta berdasarkan kepada ciri modular, connectivity, inter-operability dan portability.

  4. Hala Tuju Sistem Aplikasi

    Menentukan hala tuju sistem aplikasi Agensi bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian.

  5. Integriti & Perkongsian Data

    Memelihara integriti data elektronik, menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam atau luar Agensi.

  6. Promosi Kegunaan IT

    Mempromosikan kegunaan IT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik Agensi.

  7. Kepimpinan Projek IT Sektor Awam

    Memimpin dan melibatkan Agensi dalam usaha-usaha Kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek IT sektor awam yang membawa pembaharuan dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam.

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
231
Bulan Ini
17,166
Jumlah
3,962,046

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.