Kursus Gunting Rambut (Separa Mahir)

Memandangkan permintaan terhadap gunting rambut sentiasa mendapat permintaan dikalangan masyarakat, KETENGAH dengan kerjasama KEMAS telah menganjurkan Kursus Gunting Rambut Separa Mahir bertempat di INFRA, Bangi bermula pada 23 hingga 27 september 2016.

Apa yang lebih membanggakan ialah, para peserta yang seramai 30 orang telah menyertai gabungan institusi pusat latihan dan kemahiran awam dan swasta negara telah mencipta rekod gunting rambut paling ramai di Malaysia yang disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records Malaysia (MBOR) sempena Persidangan TVET ASEAN berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Tahap keyakinan peserta terserlah apabila pelanggan yang mengunjungi tapak ekspo berkenaan berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. YBhg, Dato’ Azizan bin Mohamad Sidin, Timbalan Ketua Setiausaha (perancangan) KKLW sempat meninjau perjalanan kursus dan memberikan kata-kata peransang semasa lawatan kerja beliau ke INFRA.

Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh encik Mukhtar bin Che Ali, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH. Hadir sama pada majlis tersebut, Encik Azmi bin Muda, Pengurus Pembangunan Insan dan Pendidikan.

placeholder
Kursus Tata Sajian dan Pembuatan Pelbagai Nasi, Lauk Pauk dan Kuih Muih
placeholder
Sambutan Hari Sukan Negara

Artikel Lain