Kursus Jahitan Baju Melayu

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar akibat kos sara hidup yang kian meningkat. Bagi meningkatkan pendapatan penduduk, KKLW melalui KETENGAH telah mengadakan Kursus Jahitan Baju Melayu yang diadakan pada 15 hingga 17 Disember 2016 bertempat di Akademi Jarum Berlian Sdn. Bhd, Kemaman Terengganu. Seramai 20 orang peserta yang kebanyakannya penerima bantuan mesin jahit melalui Program Peningkatan Pendapatan telah mengikuti kursus ini. Objektif utama kursus ini adalah bagi mempelbagaikan kemahiran peserta agar dapat bersaing di persada pasaran global dan mencabar. Disamping itu dapat membantu dalam menawarkan jahitan yang lebih baik, bermutu dan berinovasi kepada pelanggan. Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En Mukhtar bin Che Ali, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH.

placeholder
Hari Inovasi KETENGAH 2016
placeholder
Lawatan Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab ke Terengganu.

Artikel Lain