Kursus Kemahiran Kepada Beliawanis Wilayah KETENGAH

Seramai 30 orang penduduk di wilayah KETENGAH telah menyertai Kursus Kemahiran Dandanan Rambut Wanita dan Terapi Kecantikan Wilayah KETENGAH 2017. Kursus yang dikendalikan oleh La’ Joise Industri Sdn. Bhd ini berlangsung pada 2 hingga 5 Mac 2017 bertempat di Kolej Ketengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.

Program ini disasarkan kepada beliawanis yang berumur diantara 20 hingga 40 tahun, golongan ibu tunggal dan mereka yang telah mempunyai asas dalam bidang berkaitan serta kepada mereka yang cenderung untuk menceburi bidang dandanan dan terapi kecantikan. Bagi KETENGAH, diharapkan para peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seterusnya mempelbagaikan pendapatan isi rumah memandangkan kos sara hidup yang kian meningkat.

Peserta juga akan diberi keutamaan bagi mempelopori program keusahawanan bergerak (MobilePreneur@KKLW) dalam menjalankan perniagaan atau perkhidmatan tanpa memerlukan modal yang besar untuk membuka premis perniagaan. Majlis penutup dan penyerahan sijil penyertaan telah disampaikan oleh Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH. Hadir sama pada majlis tersebut Datuk Joyah binti Abd Rashid, Pengasas La’ Joise dan Encik Azmi bin Muda, Pengurus Pembangunan Insan dan Pendidikan, KETENGAH.

placeholder
Bengkel TN50
Karnival Menara Gading dan Kerjaya

Artikel Lain