Kursus Komunikasi dan Pengurusan Mesyuarat Mini RTC Siri 1/2014

Pada 4 hingga 6 Februari 2014, satu Kursus Komunikasi dan Pengurusan Mesyuarat Mini RTC Siri 1/2014 telah dihadiri oleh Pengurus – Pengurus Mini RTC Negeri Terengganu yang dianjurkan oleh Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa, KKLW. Tujuan kursus yang diadakan ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Pengurus Mini RTC dalam Pengendalian Mesyuarat, meningkatkan kemahiran komunikasi di kalan Pengurus Mini RTC dan juga meningkatkan keyakinan diri para Pengurus Mini RTC agar tampil lebih berkeyakinan dan berkarisma. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Abdul Rahman bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH. Turut serta meraikan majlis tersebut ialah Puan Rosmarlinda binti Rosli, Penolong Setiausaha, Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa KKLW.

placeholder
Perhimpunan Bulanan Ke 2/2014 dan CIP
placeholder
Majlis Penyerahan Sijil Kursus PLKK

Artikel Lain