Kursus Pasukan Cybertrooper KETENGAH Tahun 2022

8-10 Jun 2022-Langkawi, Kedah.
Seramai 16 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH telah mengikuti Kursus Pasukan Cybertrooper KETENGAH Tahun 2022 secara bersemuka setelah negara memasuki peralihan fasa endemik. Encik Rosli bin Mohd Nordin dan Encik Fitri bin Jamil dari SackNickBender Sdn. Bhd. mengendalikan kursus ini dengan baik. Turut serta mengikuti kursus ini adalah sidang pengarang e-BULETIN KETENGAH.

Majlis penutup disempurnakan oleh Encik Hazroll Eizwal bin Jasni, Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi mewakili YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Dalam petikan teks yang dibaca oleh beliau, Pengurus Besar KETENGAH berkata “kursus sebegini dilaksanakan adalah inisiatif KETENGAH sebagai satu medium perkongsian ilmu dan pengetahuan bagi memupuk semangat kerjasama serta keyakinan dalam mengendalikan media sosial dengan kaedah yang betul dan yang penting adalah menarik untuk dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ini adalah cabaran utama bagi media sosial setiap jabatan yang perlu dimuat naik secara rasmi dan dalam masa yang sama perlu melibatkan elemen-elemen menarik”.

Hadir sama Puan Muziakma binti Ali, Ketua Unit Komunikasi Korporat KETENGAH.

Program Laluan Emas Mat Kilau Tahun 2022
Program Gotong Royong Perdana anjuran bersama KETENGAH

Artikel Lain