Kursus Pasukan Cybertroopers KETENGAH

Kursus Pasukan Cybertroopers KETENGAH Tahun 2021 telah berlangsung di Cameron Highlands, Pahang pada 1-2 Disember 2021. Objektif kursus sebagai medium perkongsian ilmu dan pengetahuan bagi memupuk semangat kerjasama serta keyakinan dalam mengendalikan media sosial dengan kaedah yang betul di samping mengenalpasti kepentingan dalam menepis tohmahan yang tidak berasas dalam kalangan masyarakat.

Seramai 13 orang peserta yang mewakili setiap bahagian dan unit di KETENGAH telah mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Encik Muhd Rushdi bin Samsudin dan Encik Muhammad Nizar bin Suib dari Syarikat Positive Image Work. Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH.

Bengkel BERKAT Peserta PROSPEK KETENGAH
Kursus Pengurusan Fail dan Rekod

Artikel Lain