Pada 4 hingga 6 Januari 2019 KETENGAH melalui Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Pemanduan Berhemah Siri 1/2019 bertempat di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu. Kursus ini akan diadakan secara dua (2) siri dan pada siri ini seramai 32 orang pemandu dan pemandu gantian terlibat.
Objektif Kursus ini adalah sebagaimana berikut:
Penceramah-penceramah jemputan adalah daripada Jabatan Pengangkutan Awam Negeri Terengganu, Institut Tadbiran Awam Wilayah Timur, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Zainuddin bin Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan). Hadir sama pada majlis tersebut Encik Mohd Azmi bin Muda, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.