Kursus Pemerkasaan Pengusaha Pelancongan Wilayah KETENGAH

Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kursus Pemerkasaan Pengusaha Pelancongan Wilayah KETENGAH Tahun 2023.

Kursus diadakan bermula pada 7 hingga 9 November 2023 melibatkan seramai 15 orang pengusaha pelancongan dalam wilayah KETENGAH.

Objektif utama kursus adalah untuk mendedahkan kepada peserta mengenai industri pelancongan dan melatih peserta mengenai kaedah komunikasi berkesan untuk berhadapan pengunjung atau pelancong.

Pihak KETENGAH berharap segala ilmu yang dicurahkan dapat dipraktikkan pada masa akan datang demi meningkatkan industri pelancongan wilayah KETENGAH.

KETENGAH terima kunjungan Pejabat Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Terengganu
Majlis Prapelancaran Karnival Usahawan Desa (KUD) @Putrajaya Tahun 2023

Artikel Lain