Kursus Pengurusan Tanaman Jagung dan Pengurusan Kewangan

31 Mei 2022 – Kuala Terengganu.
Seramai 20 orang peserta Tanaman Berkelompok Jagung Manis Kampung Seberang Tayur Hulu dan Seberang Tayur Hilir, Kemaman telah menghadiri Kursus Pengurusan Tanaman Jagung dan Pengurusan Kewangan di bawah Program Pemerkasaan Komuniti Berdaya Saing (Komuniti Lestari) Wilayah KETENGAH Tahun 2022.

Kursus tersebut telah diadakan selama dua (2) hari bermula 30 hingga 31 Mei 2022 bertempat di Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu. Kursus tersebut diadakan bagi tujuan persediaan kepada peserta untuk penubuhan koperasi di samping mendalami dengan lebih terperinci berkenaan pengurusan tanaman dan pengurusan kewangan yang sistematik.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil penyertaan kursus telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan Korporat, KETENGAH. Turut hadir Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial, KETENGAH.

 

Takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Fareez bin Idzlan
placeholder
Kenyataan Tender Terbuka Pra- Kelayakan (Khas Bumiputera) Projek dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Artikel Lain