Kursus Pra Persaraan Pegawai dan Kakitangan KETENGAH

17 hingga 19 November 2021 – Seramai 30 orang bakal pesara KETENGAH tahun 2022 dan 2023 telah mengikuti kursus di Bayview Hotel, Georgetown, Pulau Pinang. Objektif kursus adalah persediaan secara psikologi sebelum menghadapi fasa persaraan. Di samping itu, bakal pesara didedahkan tentang faedah-faedah persaraan, faedah pencen terbitan dan perubatan, pengurusan gratuity, cara pemakanan yang sihat, pengurusan kewangan dan panduan menjana pendapatan selepas bersara.

Kursus ini juga memberi pendedahan berkaitan faedah pencen tanggungan serta mengenalpasti isu dan masalah yang sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan bakal pesara. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurs Besar (Operasi) KETENGAH.

Kaedah Pembayaran Sewa/Sewa Beli Melalui CDM & EFT/IBG
Bengkel BERKAT Peserta PROSPEK KETENGAH

Artikel Lain