Lawatan Kerja Ketua Setiausaha KPLB ke Terengganu

6 September 2022-Kuala Terengganu
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Yang Berbahagia Dato’ Ramlan bin Harun telah mengadakan lawatan kerja ke negeri Terengganu. Beliau telah mengadakan perjumpaan bersama ketua-ketua agensi negeri Terengganu dan warga kerja Pejabat KPLB Terengganu. Beliau kemudianya merasmikan Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 bertempat di Padang Ragbi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Semasa berkata kepada pemberita “setiap Tabika Kemas akan dibekalkan komputer riba, televisyen pintar dan jaringan jalur lebar. Pendigitalan yang dilakukan dilihat mampu bersaing dengan tabika swasta yang menawarkan pelbagai kaedah pembelajaran,” katanya.
Hadir sama Ketua Pengarah Kemas Malaysia, Dato’ Mohamad Yasid bin Bidin, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Kemas Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi, Pengarah Kemas Terengganu Dr. Faridah binti Mat dan Pengurus Besar KETENGAH YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa.
Pertandingan Perbarisan dan Perarakan Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu
Program Kesedaran Kebersihan dan Pembuangan Sisa Pepejal & Kumbahan

Artikel Lain