Lawatan Ketua Pengarah Kastam Malaysia

Dato’ Sri Khazali Bin Hj. Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Tasik Kenyir bagi melihat sendiri perkembangan pembangunan dan keperluan Jabatan Kastam selari dengan Pewartaan Tasik Kenyir sebagai Zon Bebas Cukai yang pertama di Negeri Terengganu pada 2 Februari 2017.

Y.Bhg Dato’ Sri telah diberikan taklimat ringkas dan dibawa melawat ke Pulau Bayas, Taman Herba, Taman Orkid dan kawasan perumahan Kastam di pengkalan Gawi. Hadir sama pada lawatan tersebut Dato’ Zulkifli Bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Gst), Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH dan Pegawai-Pegawai Kanan Kastam dan KETENGAH.

Perutusan Pengurus Besar Tahun 2020
placeholder
Kami Sedia Membantu

Artikel Lain