Lawatan MOSTI, PSKT dan UPEN ke Tasik Kenyir

Pada 6hb Jan 2014, Tasik Kenyir telah menerima satu rombongan lawatan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) serta pihak UPEN. Rombongan tersebut diiringi dan diberi taklimat oleh Pegawai KETENGAH, Tuan Haji Mohd Zain b Mohd Amin. Antara yang hadir ialah En. Ahmad Farhan bin Abdul Wahab (Ketua Pegawai Eksekutif PSKT), Puan Mismah binti Jimbun (Ketua Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Pusat Sains Negara), Cik Phyllis Lam Li Wan (Ketua Penolong Pengarah, Unit Pameran Pusat Sains Negara), Puan Nor Nadia Zahira binti Zakaria (Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Insan, Sains dan Teknologi, UPEN) dan Encik Misbah Imran bin Mohamad dari PSKT. Rombongan dibawa melawat ke Taman Herba, Sekitar Pulau Bayas dan Taman Orkid.

placeholder
Program Minum Pagi bersama JKKK dan AJK Masjid
placeholder
Majlis Makan Malam Anugerah 5 Bintang MGWPA 2013

Artikel Lain