Lawatan Sulung Menteri Besar ke KETENGAH

Satu Majlis Perjumpaan Menteri Besar bersama Pegawai dan kakitangan KETENGAH telah diadakan pada 2 Dis 2014 bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA). Di kesempatan lawatan sulung ini juga, YAB Dato Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman berpeluang melawati pembangunan sekitar Wilayah KETENGAH antaranya ialah RTC Terenggnau, Mara Ketengah International College, Kolej Ketengah, IMTIAZ dan juga sempat merasmikan produk baru Surada Jaya Sdn Bhd. Turut mengiringi beliau ialah Y Bhg Dato Haji Ahmad Zubir bin Abd Ghani merangkap Ahli Jemaah Lembaga Ketengah, YB En Roslee bin Daud Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Y.B. Dato Haji Haji Rozi bin Haji Mamat merangkap Ahli Jemaah Lembaga Ketengah,Y.B Dato Haji Osman bin Muda juga merangkap Ahli Jemaah Lembaga Ketengah serta Pengurus Besar KETENGAH Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud.

placeholder
Bengkel Pemurnian Bajet Pembangunan 2015 dan Halatuju Baru KETENGAH
placeholder
Hari Keluarga KKLW 2014

Artikel Lain