Majlis Amanat Pengerusi Ketengah Sempena 48 Tahun Penubuhan Ketengah

12 April 2021- Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun
Hari ini telah berlangsung Majlis Amanat Pengerusi Ketengah Sempena 48 Tahun Penubuhan Ketengah yang telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Ketengah.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Penubuhannya adalah satu strategi pembangunan terancang kerajaan untuk mempercepatkan pembangunan wilayah yang mundur untuk mencapai keseimbangan pembangunan dan ekonomi antara wilayah.

Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu.

Sepanjang 48 tahun penubuhannya, Ketengah telah berjaya membangunkan 5 perbandaran dalam wilayahnya, menyusun semula masyarakat dan melestarikan kampung-kampung tradisi secara lebih teratur dan mampan. Penyediaan infrastruktur asas kepada penduduk, pemerkasaan modal insan, prasarana dan sosioekonomi telah di pertingkatkan. Pelan Perancangan Strategik Pembangunan Ketengah bagi tahun 2021 sehingga 2025 telah dirancang berasaskan 5 teras utama pembangunan iaitu ekonomi dan keusahawanan, pembangunan masyarakat, pembangunan prasarana, alam sekitar dan sistem penyampaian. Ketengah akan terus menabur bakti merialisasikan impian masyarakat luar bandar dalam wilayah Ketengah.

APC Ketengah 2020
placeholder
TAWARAN PENYEWAAN KEDAI CENDERAMATA DAN CAFE MUZIUM BUKIT BESI, DUNGUN

Artikel Lain