Majlis APC 2013

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KETENGAH 2013 telah diadakan pada 11 Mei 2014 bertempat di Pentas Utama, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud. Turut mengiringi beliau, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) Tuan Haji Wan Rahman bin Ahmad dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Tuan Haji Omar bin Ismail. Seramai 32 orang kakitangan telah menerima anugerah tersebut, dan selain dari itu, juga turut disampaikan anugerah bagi kakitangan lama berkhidmat (25/30). Didalam ucapan beliau, turut dinasihatkan kepada para penerima anugerah agar terus mengekalkan kecemerlangan bagi tingkatkan mutu kualiti diri serta organisasi. Dan diingatkan bahawa kejayaan yang dicapai adalah dari semangat kerjasama diantara sesama kakitangan.

placeholder
Program Budaya Tiga Serumpun
placeholder
Pertandingan Memancing

Artikel Lain