Majlis Apresiasi

16 November 2022-Kuala Terengganu.
Rentetan kejayaan penganjuran Mini Karnival Keluarga Malaysia KETENGAH 2022 yang telah diadakan di bandar Seri Bandi, Kemaman, KETENGAH mengadakan Majlis Apresiasi bagi menghargai komitmen dan penat lelah Keluarga KETENGAH.
Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa dalam ucapannya berterima kasih dan terharu dengan semangat kerjasama, dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh warga KETENGAH dalam persiapan tempat karnival meskipun dalam tempoh yang terhad.
Pada majlis yang sama, disampaikan hadiah Pertandingan Kecerian Bahagian/Unit Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat KETENGAH Tahun 2022. Tempat pertama telah dimenangi oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Dengan tema majlis warna hitam dan putih, dipertandingkan juga pakaian tercantik lelaki dan wanita serta cabutan bertuah dengan cabutan bonanza berupa sebuah TV.
[ Galeri ]
Program Belia Keluarga Malaysia-KETENGAH Cakna Kampung Wilayah KETENGAH
Program Konvoi Belia Keluarga Malaysia – Santai Anak KETENGAH 2022

Artikel Lain