Majlis Berbuka Puasa Bersama Media

Bulan Ramadhan adalah bulan rahmat dan bulan yang penuh keberkatan kepada umat manusia serta alam seluruhnya. Oleh itu, pada bulan yang mulia ini, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengambil kesempatan dengan mengadakan satu majlis berbuka puasa KETENGAH bersama rakan media negeri Terengganu pada 26 Mei 2019 bertempat di TH Hotel, Terengganu.

Program sebegini dilaksanakan saban tahun dan pada kali ini YBhg. Dato’ Haji Zulkifli Bin Mohamad, Pengerusi KETENGAH turut hadir memeriahkan majlis. Pihak KETENGAH berharap hubungan baik ini dapat diteruskan bagi memastikan setiap perancangan yang dilakukan demi kebaikan semua pihak berjalan dengan lancar dan dapat merealisasikan matlamat KETENGAH melalui media.

Majlis juga diselitkan dengan penyampaian bantuan 5 unit kerusi roda, penyampaian penajaan diploma awal kanak-kanak oleh Kolej Ketengah kepada 8 orang pelajar dan juga bantuan khas kepada mangsa kemalangan.

Sumbangan kepada pelajar miskin
placeholder
Penutupan Santuari Kelah pada 5 hingga 7 Jun 2019

Artikel Lain