MAJLIS BERBUKA PUASA WILAYAH KETENGAH 1438H/2017

Hulurkan tangan, ringankan beban.. Keprihatinan KETENGAH terhadap golongan penduduk yang kurang berkemampuan sentiasa dititikberatkan dari semasa ke semasa.

Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, KETENGAH telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Wilayah KETENGAH 1438H bertempat di Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al-Muktafi Billah Shah pada 11 Jun 2017. Seramai 329 orang penerima dari DUN Bukit Besi telah menerima sumbangan di bawah Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK) sebanyak RM300 seorang yang disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri merangkap ADUN Bukit Besi.

Dalam majlis yang sama juga, seramai 81 orang anak yatim turut menerima sumbangan sebanyak RM100 seorang di mana sumbangan ini adalah dari Badan-Badan Bukan Kerajaan seperti Koperasi 3K, Kelab Keluarga KETENGAH, Persatuan Wanita, Puspanita Cawangan Kecil KETENGAH serta usahawan-usahawan KETENGAH.

Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH, pengurusan KETENGAH serta penduduk setempat.

Mesyuarat Cadangan Pengukuhan Penjawatan di Bahagian Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir
Aidilfitri eratkan hubungan silaturahim.

Artikel Lain