MAJLIS LAFAZ DAN MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) KETENGAH 2017

KETENGAH dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) melibatkan pihak pengurusan KETENGAH pada 4 Disember 2017 bertempat di Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.

Pada majlis ini, Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH telah mengetuai lafaz ikrar dan seterusnya menandatangani dokumen Ikrar Bebas Rasuah dengan disaksikan oleh KPKPj Mohd Zaki bin Hassan, Pengarah SPRM Negeri Terengganu.  Turut menandatangani dokumen IBR tersebut ialah semua Pengurus Bahagian dan Ketua Unit di KETENGAH.

Terdahulu, KPKPj Mohd Zaki bin Hassan, Pengarah SPRM Negeri Terengganu dan pegawai kanan SPRM telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pengurus Besar KETENGAH. Kunjungan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerja yang erat antara SPRM Terengganu dan KETENGAH dalam usaha membanteras isu-isu rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

placeholder
Semangat 1Malaysia
placeholder
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Keluarga KETENGAH

Artikel Lain