Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi

13 Disember 2022-Al Muktafi Billah Shah, Dungun.
KETENGAH telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi bagi meraikan persaraan pegawai dan kakitangan yang bersara sepanjang tahun 2022. Seramai 19 orang pesara terdiri daripada yang bersara wajib, bersara pilihan termasuk seorang mengalami masalah kesihatan dan seorang meninggal semasa dalam perkhidmatan.
Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di KETENGAH.
Pengurus Besar berkata “Saya mengucapkan Selamat Bersara dan setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan puan seperjuangan atas jasa dan khidmat bakti dalam memajukan perkhidmatan awam. Sumbangan dan usaha yang telah diberikan pastinya akan terus dikenang.
Semoga tuan puan terus dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang berpanjangan. Saya bagi pihak warga kerja KETENGAH juga ingin memohon kemaafan sekiranya sepanjang kita berinteraksi terdapat sebarang kesalahan. Sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada membuat kesilapan”.
Selamat bersara buat semua, segala jasa dan bakti akan terpahat kukuh dalam lipatan sejarah KETENGAH.
[ Galeri ]
Bengkel Bajet Pembangunan Rolling Plan (RP4) Tahun 2024, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)
placeholder
Direktori PKOB Daerah di seluruh Terengganu

Artikel Lain