Majlis Meraikan Pegawai dan Kakitangan Ketengah Tahun 2020

14 Disember 2020, Bandar Al Muktafi Billah Shah- Seramai 13 orang pesara telah diraikan dalam Majlis Meraikan Pegawai dan Kakitangan Ketengah Tahun 2020. Daripada jumlah itu, seramai 5 orang kakitangan meninggal dunia semasa perkhidmatan telah diwakili oleh waris terdekat. YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar Ketengah turut hadir bagi meraikan majlis tersebut. Mereka yang bersara ialah :

  1. Rozaman bin Abd. Ghani, Pemandu Kenderaan Gred H11 (Telah Meninggal Dunia Pada 07 Disember 2019
  2. Sulaiman bin Abdul Majeed , Pembantu Penguatkuasa Gred KP22 (Telah Meninggal Dunia Pada 09 Disember 2019)
  3. Noraidah binti Mohd Noor, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22
  4. Mohamad bin Harun, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22
  5. Md. Zubir bin Abu Bakar, Pelukis Pelan Gred JA22
  6. Selmu binti Salleh, Pembantu Operasi Gred N14
  7. Ismail bin Abdullah, Pembantu Awam Gred H11
  8. Ariffin bin Abdullah, Pembantu Awam Gred H11
  9. Alias bin A.Rashid, Penolong Pegawai Tadbir Gred N36
  10. Mustaffa bin Mat Ali, Penolong Juruukur Gred JA29
  11. Wan Sabri bin Wan Muhammad, Pembantu Awam Gred H14, (Telah Meninggal Dunia Pada 07 Julai 2020)
  12. Zaidi bin Abu Bakar, Pembantu Awam Gred H11, (Telah Meninggal Dunia Pada 02 Ogos 2020)
  13. Zulkefli bin Idris, Pembantu Awam Gred H11, (Telah Meninggal Dunia Pada 01 Oktober 2020)

Seluruh Warga Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mendoakan semoga pesara Ketengah sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.

Bantuan Kepada Mangsa Banjir
placeholder
[BERNAMA] Ketengah anjur program Tahun Melawat Kenyir 2021 tahun depan

Artikel Lain