Majlis MoA antara Kolej Ketengah dengan Eastern Steel dan Seri Pacific Hotel

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Kolej Ketengah Sdn Bhd dengan Eastern Steel Sdn Bhd dan Seri Pacific Hotel dengan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Menerusi MoA ini, Kolej Ketengah akan berkolaborasi dengan Eastern Steel Sdn. Bhd menerusi kursus Pembantu Teknikal (Pengeluaran) manakala Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur menyediakan kursus Operasi Perkhidmatan Makanan dan Minuman.

Hadir sama di majlis berkenaan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub, Pengerusi KETENGAH, YB Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad Bin Said dan Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa.

Lawatan bermaklumat ke Pusat Pembenihan dan Ternakan Ikan Tilapia
Kursus Pengurusan Kewangan kepada usahawan dalam Wilayah KETENGAH

Artikel Lain