Majlis Pelancaran Produk Usahawan KETENGAH di Stesen Minyak Petron Tasik Kenyir

HULU TERENGGANU, 23 Januari 2022 – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menjalankan perkongsian pintar antara usahawan luar bandar dengan pihak berkepentingan termasuk dengan pihak swasta seperti Ketengah Properties Sdn. Bhd. bagi meningkatkan jaringan dan rantaian pemasaran  dengan  lebih meluas. Sehubungan dengan itu satu Majlis Pelancaran Produk Usahawan KETENGAH di Stesen Minyak Petron Tasik Kenyir telah diadakan.

Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH berkata, “KETENGAH sentiasa melaksanakan agenda pembangunan luar bandar sejahtera seiring dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) yang merumuskan wawasan Luar Bandar Yang Sejahtera, lnklusif, Mampan dan Holistik sebagai agenda utama dalam proses pembangunan luar bandar di Malaysia menjelang tahun 2030”.

”Kita sedia maklum, perbezaan jurang pendapatan usahawan di bandar dan di luar bandar agak ketara. Bagi merapatkan jurang ini, kerajaan telah memperkenalkan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030. Prinsip utamanya adalah penekanan terhadap equatability of outcomes dengan mengambil kira kekangan terhadap pencapaian individu atas faktor perbezaan latar belakang ekonomi dan lokaliti’

Sejumlah 35 produk dari 10 orang usahawan bimbingan KETENGAH menempatkan produk mereka di ruang Kedai Mart di stesen ini.

Majlis Meraikan Persaraan Pegawai dan Kakitangan KETENGAH Tahun 2021
Majlis Penyerahan Sijil MeSTI Premis KVG Juta Sdn Bhd

Artikel Lain