Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baharu 2023

10 Januari 2023- Al Muktafi Billah Shah, Dungun.
Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baharu 2023 oleh Pengurus Besar KETENGAH telah berlangsung di Balai Orang Ramai (BALORA). Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu KETENGAH dan lagu Perkhidmatan Awam disusuli dengan Ikrar Perkidmatan Awam dan tayangan video aktiviti KETENGAH sepanjang bulan Julai 2022 hingga Januari 2023.
Semasa menyampaikan amanat, Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata “Dengan kekuatan pasukan kerja yang ada, saya yakin kita akan berjaya mengharungi cabaran yang dihadapi untuk memastikan agenda pembangunan desa akan terus dapat dilaksanakan”.
Beliau menambah “Kita perlu bertindak pro-aktif bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pembangunan luar bandar yang sejahtera, inklusif, mampan dan holistik akan diberikan keutamaan selari dengan aspirasi “Desa Makmur” sebagaimana yang ditekankan oleh KKDW”.
Pada majlis yang sama Pengurus Besar juga melancarkan Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) KETENGAH 2021-2024. Berasaskan 3 bidang keutamaan, 5 strategi, 17 objektif strategik dan 38 inisiatif, pelan OACP ini mampu memacu KETENGAH ke arah peningkatan ketelusan dengan menerapkan prinsip integriti, tadbir urus yang baik dan kebertanggungjawaban dalam semua proses dan prosedur dalam melahirkan warga kerja KETENGAH yang bebas rasuah dan salah laku selari dengan aspirasi negara agar Malaysia dikenali kerana integriti bukannya rasuah.
Pada 12 April 2023 nanti akan genaplah penubuhan KETENGAH, sehubungan itu YM Dato’ Pengurus Besar turut melancarkan logo dan slogan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun KETENGAH.
Kesukanan eratkan silaturahim
Kursus Tauliah Penyembelihan

Artikel Lain