Majlis Perasmian Pelancaran Skuad Sepak Takraw TERENGGANU TURTLES

Majlis Perasmian Pelancaran Skuad Sepak Takraw TERENGGANU TURTLES ke Kejohanan Sepak Takraw League (STL) PSM-ASTRO 2022 telah diadakan pada 2 Jan 2022 bertempat di Hotel Permai, Kuala Terengganu.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu mewakili Kerajaan Negeri. Turut hadir ialah YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH yang juga menyampaikan ucapan aluan termasuk YB Mulia Tengku Zaihan bin Che Ku Abdul Rahman, Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT).
Pada majlis berkenaan, KETENGAH bersama KETENGAH Holding Sdn. Bhd. telah menyampaikan sumbangan wang ringgit dan barangan tajaan yang bernilai RM16,000.Turut menyampaikan sumbangan ialah beberapa syarikat korporat yang lain.

TERENGGANU TURTLES akan mengambil bahagian dalam STL Divisyen 1 pada kali ini bermula 1 Februari 2022 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur. Sasaran TERENGGANU TURTLES adalah menjuarai Divisyen 1 dan layak ke STL Liga Premier pada tahun 2023 serta Piala Juara-Juara yang bakal dilangsungkan di Iskandar Puteri, Johor pada Mac 2022. Dua wakil KETENGAH terlibat dalam pasukan TERENGGANU TURTLES pada kali ini iaitu Encik Wan Shahrul Nizam bin Wan Shafi’i selaku Pengurus Pasukan serta Encik Izurin bin Reffin yang akan beraksi di posisi tekong.

269007143_289792906511507_3915075935526392490_n 269716155_289793249844806_4361222701861452868_n 270364581_289793199844811_5351282135868049472_n 270372167_289792996511498_8050428259512535544_n

Program Pasca Banjir Bentong, Pahang
Majlis Penyampaian Amanat Pengerusi KETENGAH

Artikel Lain