Majlis perhimpunan bulanan KETENGAH kali ke 4/2017

Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH kali ke 4 tahun 2017 telah berlangsung pada hari 30 April 2017 (Ahad) bertempat di Dewan Blok D, Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Majlis dimulai dengan nyayian lagu negaraku dan diikuti dengan lagu ketengah.

Majlis yang dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan KETENGAH dan anak syarikat ini kemudiannya dipertonton dengan tayangan video aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Mac dan April 2017. Seramai 3 orang pegawai baru bertugas juga memperkenalkan diri masing-masing.

Tuan Haji Omar Ismail, Pengurus Besar KETENGAH, ketika berucap menekankan aspek disiplin, integriti dan penyalahgunaan ICT. Beliau menyeru agar semua pegawai dan kakitangan agar terus bersatu padu dalam satu barisan, berkongsi ilmu dan pengalaman supaya agenda kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya , seterusnya penduduk wilayah KETENGAH akan merasai nikmat pembangunan Negara.

placeholder
Bicara Komuniti TN50 @ KKLW
placeholder
Forum Perdana Ehwal Islam

Artikel Lain