Majlis Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Agensi Tahun 2019 Sidang 1 yang melibatkan seramai 1,029 orang penerima telah diadakan pada 24 Februari 2019 di Putrajaya International Convention Centre.

Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani Bin Muhamed Yunus, KSU KPLB. Majlis ini diadakan sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pegawai dan anggota di KPLB dan semua Jabatan/Agensi di bawahnya yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang khususnya sepanjang tahun 2019. Seramai 30 pegawai dan kakitangan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah terpilih. Tahniah dan syabas kepada mereka yang terpilih, teruskan usaha anda demi memajukan masyarakat luar bandar.