Majlis Santunan Kasih Ramadan

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berbuka puasa bersama 1,500 orang masyarakat setempat pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, Seberang Takir.
 
Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan duit raya, baju raya dan hamper kepada anak-anak yatim. KETENGAH turut menyerahkan sumbangan kepada pusat anak yatim berjumlah RM21,000.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri juga menyerahkan bantuan kit peralatan dan kursus Quick Win KEMAS kepada 60 penerima. Turut hadir Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Turut diadakan program memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada tetamu yang hadir.
Majlis Santunan Kasih Ramadan merupakan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) diadakan di 13 negeri mulai 24 Mac 2023 bersamaan 2 Ramadan 1444H.

Tarikh / Tempat : 28 Mac 2023 – Terengganu

Program Santunan Kasih Ramadan Bersama Timbalan Perdana Menteri
Program Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH

Artikel Lain